Thursday, November 27, 2014

Hubungan Dirapi Hasrat Dikecapi


Alhamdulillah... Bukan mudah untuk menjayakan program yang sebegini namun berkat usaha dan penat lelah team ini akhirnya segalanya berjalan dengan lancar... Dugaan dan halangan yang datang tersangat mencabar dan menguji kesabaran semua... Dengan kepimpinan saudara Mohd Nor Ab Mutalib selaku Pengarah Program sememangnya boleh dipuji... Tahniah dan syabas juga kepada Penasihat kami iaitu Puan Aisyah binti Mohd Nor... Beliau begitu prihatin dalam memantau setiap tugasan kami bermula dari awal perjalanan sehingga tamatnya program ini...


Tahniah juga kepada kawan-kawan seperjuangan yang telah banyak memberi semangat dan kerjasama dalam kita merealisasikan program kemasyarakatan ini... Kejayaan ini adalah kejayaan bersama-sama...
Gud job kepada team publisiti dan media yang memberikan impak yang begitu cantik dalam menghasilkan video yang mungkin akan mengusik hati sesiapa yang menontonnya...
Maka dengan ini, dipersembahkan....



Tahniah dak tecik... Untuk video yang awesome ini... Semester depan memang dah book awal-awal so memang dah tak boleh lari... Terima kasih semua.... Jumpa lagi tahun hadapan dengan program yang insya Allah lagi gembak dan sukses... Aaminn...

Akhir kalam, dipersembahkan beberapa gambar kenang-kenangan kami di Kampung Pasir Baru Semenyih bersempena Program Kemasyarakatan Mahasiswa UUMKL Semester 3 Sesi 2013/2014...

Sekian...

Assalamualaikum....





































No comments:

Post a Comment